About Malaysian Care

Berwawasan

35 Years 35 Stories

Wak Alang
Ahli Koperasi Sengoi Prebumi Perak

Saya Alang dari Kampung Penderas di Slim River, Perak. Saya seorang ahli Koperasi Sengoi Pribumi Perak. Koperasi ini ditubuhkan dengan sokongan Malaysian Care untuk membantu meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat Orang Asli terutamanya di kawasan pendalaman. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Malaysian Care dan koperasi telah membawa impak yang besar terhadap kehidupan saya dan masyarakat Orang Asli.

Menjadi ahli koperasi adalah satu langkah perubahan besar bagi keluarga saya. Kami telah didedahkan dengan cara penanaman getah yang membawa lebih banyak hasil. Dulu mengikut cara orang tua, keadaan pokok kami tak cantik, susu getah pun tak banyak.

Sekarang penanaman getah kami berhasil dan duit kami disimpan melalui koperasi. Malaysian Care memperkenalkan kehidupan yang lebih maju terutamanya kepentingan menyimpan duit untuk masa depan. Cucu saya menang simpanan paling banyak di koperasi sebab saya simpan untuk dia dari lima ringgit, sepuluh ringgit, dan lama-lama tak sangka duit bertambah.

Hasil usaha Malaysian Care adalah satu berkat Tuhan kepada masyarakat Orang Asli. Kalangkala sesuatu benda itu susah, tetapi mereka boleh beritahu kami cara untuk mengatasinya. Pemikiran kami telah terbuka dari segi ekonomi dan pelajaran. Sekarang kami Orang Asli sudah ada wawasan – nak anak belajar, nak anak pandai, nak anak melanjut pelajaran dan bercita-cita. Harapan saya ialah dengan adanya Malaysian Care yang sudi bekerjasama dengan masyarakat Orang Asli, kami boleh mencapai kemajuan yang lebih tinggi sehingga generasi akan datang.

3 generasi dalam keluarga Bah Sali dan Wak Alang adalah ahli Koperasi Sengoi Pribumi Perak (KSPP). Sali adalah Pengerusi KSPP yang keahliannya sudah melebihi 1,000 orang. 

Print Friendly
WP-Backgrounds Lite by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann 1010 Wien